mr nuff

Tuesday, 15 July 2014

BBQ ayam dengan pemanggang ajaib

Assalamualaikum :)

cuti-cuti weekend bulan puasa ni tetiba je rasa nak makan BBQ ayam. nak ke bazaar ramadhan malas. so alternatifnya masak la sendiri. tapi bila ingatkan aku duduk apartment mana nak cari tempat bakar, cara yang paling mudah adalah........ heeee wait ehh wait. baca sampai habis (padahal baca tajuk dah tahu).

ok ni cara aku buat untuk sorang je makan dan yang penting simple. kalau kau rasa nak cari resepi yang kebabommmm silap blog ok. aku ni masak untuk perut sendiri je. orang pun jenis simple haruslah masak pun yang simple mimple. (padahal tak reti masak cakap jelaaa..hehe)

back to the topic, macam biasa kita start dengan bahan-bahan jela.

bahan-bahan:
-ayam (seketul)
-bawang besar 1 biji
-bawang putih 3 biji
-cili kering (direbus sekejab) 5 tangkai
-cili padi (5 tangkai) -btw ikut tahap ketahanan pedas lidah korang.
-kunyit hidup 3cm (aku tak sure 3 cm sebenarnya. agak-agak je)
-halia 3cm
-serai 1 batang
-garam secukup rasa
-air

cara-caranya:

1) korang blander semua bahan kat atas tu tapi ayam jangan pulak korang blander.

2) dah blander semua masukkan je dalam ayam tadi, gaulkan dan perap 3-4 jam. lagi lama lagi best sebab rasa tu masuk ke dalam isi ayam. err btw aku perap semalaman jugak laa.


3) bila dah siap perap ayam tu boleh laa bakar. macam aku cakap kat rumah apartment kan mana ada tempat nak buat BBQ so aku guna pemangang ajaib.. setel masalah. hehe

4) alu letakkan atas aluminium foil sbb tak nak kasi hangit sangat. bakar dengan api perlahan tau bagi ayam kat dalam tu pun masak jugak.



5) jangan tanya masa bakar tu berapa lama ok. aku pun tak sempat tengok jam. ehh tapi sempat la jugak aku tengok tv drama 30 minit tu habis. err korang nak tau ayam tu masak ke tak, ambik garfu cucuk-cucuk isi ayam tu, kalau boleh cucuk  dan dah lembut maknanya masak la.

6) opss sebelum angkat tu renjiskan sikit ayam tu dengan minyak yang dicampur garam. alaa macam korang buat bbq jugak la. ambil serai ketuk-ketuk sikit celupkan minyak dan sapu ke ayam tu.

7) so tadaaaaa.. ayam percik versi rumah takleh nak bakar atas arang. rupa dia memang la tak menarik sangat tapi rasa dia boleh tahan. kalau jual kat bazaar ramadhan seksyen 20 shah alam ni laku jugak.kikiki

***********************
gambar ni aku dengan kawan-kawan buat BBQ dekat port dickson. bahan aku perap ayam ni serupa macam bahan-bahan kat atas. cuma ni bbq atas arang la. 
*tudung aku pakai dah gaya makcik-makcik dah. ciss!!*

ok selamat mencuba guys... masalah bukan halangan. kita selesaikan masalah tu dengan cara kreatif. bye

XOXO

Friday, 11 July 2014

Resepi Rendang Ayam

Assalamualaikum :)


Macam mana puasa tahun ni? Me? so far so good. puasa sengsorang tanpa family. balik rumah makan nasi bungkus tak pun masak sendiri. Jimat dan tak membazir. dulu kalau pergi bazaar ramadhan dengan kawan-kawan or family mesti ada yg bazir. tak banyak pun sikit mesti ada pembaziran. seolah-olah lupa makna berpuasa dan berbuka tu. bila duduk sengsorang ni masak/beli pun sebungkus je pastu takyah dah sbb tau tak habis makan sorang. nafsu semua tu.

Sambil kita fikir juadah berbuka tu, jangan lupa saudara kita di Gaza. Walaupun tak dpt membantu at least sampaikan doa kita buat mereka.

Ok back to the main point. hari ni aku nak shared rendang ayam. ni resepi tok aku ajarkan. tetiba teringat kampung pastu teringat rendang, tak tunggu lagi terus godek peti ais. niat nak buat rendang daging tapi tengok peti ais daging ada laa seketul kecik. Plan cancel dan bertukar kepada ayam. hihi.


Nak buat rendang ni simple aje. bahan-bahan pun simple. ala dapur bujang. bahan pun haruslah yang basic-basic je. yang penting kreatif tu. haha

bahan-bahan:
-ayam 3-4 ketul (bersihkan dan perapkan dengan garam sikit)
-daun kunyit (dihiris nipis)
-santan pekat 1 cawan
-kerisik
-asam gelugur 1 keping
-garam dan gula secukup rasa

*untuk kisar
-bawang besar 2 biji
-bawang putih 3 biji
-serai 3 batang
-cili padi 15 biji
-cili kering 15 biji (yg dah direbus seketika)
-kunyit hidup (tp aku guna serbuk je sbb xde)
-halia 1inci
-lengkuas 1 inci

cara-caranya:
1) ayam tu campurkan dengan bahan yang dikisar. biar agak dalam 15 minit.
2) kuali yang tengah panas tu masukkan ayam tadi dan masak sampai kering air dan ayam lembut.
3) bila ayam dan bahan kisar tu dah sebati dalam periuk, air pun dah kering, masukkan santan kelapa, daun kunyit yang dah dihiris nipis, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
4) gaul sampai sebati dan biarkan sehingga mendidih.
5) masak sehingga kuah agak pekat (terpulang masing-masing lah. aku suka pekat sikit baru rasa rendang). then  dah setel boleh la hidangkan.



simple je kan? so bujang2 kat luar sana boleh la try buat buka puasa nanti.. the only true fail when u stop trying. bila dah menjadi nanti boleh la masakkan untuk raya akan datang ni. teheee :)

#PrayForGaza
#PrayForPalestine

sambil tu jom kita sama-sama menderma untuk tabung kecemasan Gaza.