mr nuff

Monday, 25 August 2014

Independence square

Assalamualaikum :)

benda paling takda kerja pernah kiteorang buat. hangout sampai lewat pagi, tapi batery dslr mesti full charge dan memory card kosong. 

ni memang habis takde kerja rondam dataran merdeka. aku letak gambar ni sbb nak simpan kenangan dengan diaorg. tu je. bye. 

















selfie dgn wan mmg takleh berpisah. haha

Saturday, 23 August 2014

Camping Port Dickson 2D1N

Assalamualaikum :)


lari dari kesibukkan kota kejab sambil rancang aktiviti menarik. Plan nak ke pulau perhentian mcm biasa mesti bertukar. last-last lepak laa port dickson. paling dekat laa dan paling jimat. haha.

1 malam tu sebenarnya bukan tido sangat, masing-masing over night sembang-sembang itu ini macam lama tak jumpa. actually ramai jugak bercamping kat sini. kami pilih tempat pasang khemah dekat dengan tiang lampu. setel tak payah bawa lampu bagai.




lepas mandi pantai sambil tengok matahari terbenam. hakikatnya tunggu budak laki dua orang tu mandi dulu. mengalahkan perempuan. lama gila.


dan macam biasa mesti la ada bbq. masalah utama nak bbq ni ialah nak hidupkan api. haha. tengok la muka 4 engineer ni haram hidupkan api pun ambik masa berejam.










Jagung, ayam, sosej, roti semua main bakar je.bila dah duduk tepi pantai sambil angin pantai meniup mak kau benda tak sedap pun jadi sedap.


and this. bebaskan hantu penanggal, ade pulak org datang jual. sambil takde aktiviti nak buat beli jela. best jugak main benda mengarut ni.








habis pusing pantai baru la masing-masing letih. letih pun tak layan tidur. ape barang tido awal. padahal jam dah 1-2 pagi. sibuk sembang-sembang santai. tido gilir -gilir.





sarapan pagi dengan roti bakar. bakar atas grill kau. hahaha. kalau hangit semua wan punya, sbb wan bangun lambat. hahaha kesian budak tu.


setel packing terus pegi mandi dulu. dari pukul 8-11 jugak aa berendam dalam air laut tu. time tu pulak air laut tengah surut. masing-masing buat seronok sampai ke tengah laut. hehe




ok selfie muka burn gila. hitam je masing-masing. mula - mula tadi tak nak naik. nak berendam dalam laut puas-puas tapi bila wan ckp muka masing-masing da nampak burn ok la ok laa terus naik. 

ni kulit yg mat saleh nak. hahahaha 

ok that my camping experience. have fun with small budget. shah alam-PD kejab je kot. tol pun murah. so let's save the memory. bye XOXO

Thursday, 21 August 2014

LookOut Point,Bukit Ampang

Assalamualaikum :)

bagi sesapa yang nak tengok keindahan KL waktu malam boleh la datang sini. sebenarnya sini takde ape pun hanya nampak cahaya neon KL je. kiteorang kat sini lepak je. gila memang gila. dari shah alam dtg ke ampang sebab nak lepak je. dah la lalu ikut kesas pegi rm4 balik rm 4.50 sbb tol kat seafield rm0.50. senang turun seafield dari hicom. hehehe. utk lepak je dah habis rm8.50 semalam tak masuk minyak dan minum. ohhh bandar-bandar. haha. tapi nak hilangkan boring punya pasal.


sebenarnya ni tengah letih sbb baru balik dari PD. camping. tapi gagahkan diri jugak. yela asyik wan je datang shah alam. nak jugak lepak ampang. penat, letih letak tepi. yang penting kita enjoy. hahaha

look out the view. cantik dan panasnya ibu negara malaysia. sbb aku kata panas? lampu yg berkelip-kelip tu tandanya panas. haip! jgn lawan. aku belajar kejuruteraan elektrik ok. hehehe




muka letih gila cadbury dan burn habis muka main panas kat PD


and this kiddos. memasing letih. haha. layankan jugak aku.

btw kalau korang tengok kat belakang tu ada pasar kan. sebenarnya tu tempat makan-makan. entah kiteorg tak pernah try makan.tataw gerai mana best sbb setakat minum air nescafe je mana nak tahu dia pandai masak ke tak. hehe

ok. thank for reading XOXO :)