mr nuff

Saturday, 23 August 2014

Camping Port Dickson 2D1N

Assalamualaikum :)


lari dari kesibukkan kota kejab sambil rancang aktiviti menarik. Plan nak ke pulau perhentian mcm biasa mesti bertukar. last-last lepak laa port dickson. paling dekat laa dan paling jimat. haha.

1 malam tu sebenarnya bukan tido sangat, masing-masing over night sembang-sembang itu ini macam lama tak jumpa. actually ramai jugak bercamping kat sini. kami pilih tempat pasang khemah dekat dengan tiang lampu. setel tak payah bawa lampu bagai.




lepas mandi pantai sambil tengok matahari terbenam. hakikatnya tunggu budak laki dua orang tu mandi dulu. mengalahkan perempuan. lama gila.


dan macam biasa mesti la ada bbq. masalah utama nak bbq ni ialah nak hidupkan api. haha. tengok la muka 4 engineer ni haram hidupkan api pun ambik masa berejam.










Jagung, ayam, sosej, roti semua main bakar je.bila dah duduk tepi pantai sambil angin pantai meniup mak kau benda tak sedap pun jadi sedap.


and this. bebaskan hantu penanggal, ade pulak org datang jual. sambil takde aktiviti nak buat beli jela. best jugak main benda mengarut ni.








habis pusing pantai baru la masing-masing letih. letih pun tak layan tidur. ape barang tido awal. padahal jam dah 1-2 pagi. sibuk sembang-sembang santai. tido gilir -gilir.





sarapan pagi dengan roti bakar. bakar atas grill kau. hahaha. kalau hangit semua wan punya, sbb wan bangun lambat. hahaha kesian budak tu.


setel packing terus pegi mandi dulu. dari pukul 8-11 jugak aa berendam dalam air laut tu. time tu pulak air laut tengah surut. masing-masing buat seronok sampai ke tengah laut. hehe




ok selfie muka burn gila. hitam je masing-masing. mula - mula tadi tak nak naik. nak berendam dalam laut puas-puas tapi bila wan ckp muka masing-masing da nampak burn ok la ok laa terus naik. 

ni kulit yg mat saleh nak. hahahaha 

ok that my camping experience. have fun with small budget. shah alam-PD kejab je kot. tol pun murah. so let's save the memory. bye XOXO

No comments: