mr nuff

Friday, 15 August 2014

Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum :)

dah lama entry ni dalam draft. tak sempat nak menaik. dan hari ni alhamdullilah dapat cuti dan melepak je kat rumah. Raya sebulan kan. so entry ni masih up to date la kiranya. hehe. raya tahun ni meriah. sangat meriah tapi kurang sikit bila arwah paklang aku takde. malam raya kurang la sikit.


tahun ni sorang demi sorang pak saudara aku pergi mengadap illahi. tapi kita yang hidup perlu teruskan kehidupan. Di kesempatan ni aku nak mohon maaf selama korang baca blog ni. kalau ada terkasar bahasa dan terasa hati aku mohon jangan simpan dalam hati. 0-0 ye. 


macam biasa tahun ni raya meriah dengan anak buah yang semakin ramai dan semakin membesar. ada yang pelat, ada yang nakal. cukup lengkap. 



malam org umum raya kiteorang sibuk main bunga api. errr anak buah aku la yang sibuk. aku? tangan pegang kamera je tiap masa nak rakam moment macam ni. tahun depan mungkin moment yang lain pulak. ye la dah setahun, bebudak ni pun dah makin besar, makin bijak. 

tahun ni yang menariknya semua ipad,tab, phone semua disimpan. no more game.!




Pagi 1 syawal :) mood bebudak ni macam macam. ada yang excited ada yang moody. semuanya gara-gara kena kejut awal. nak pulak malam tadi main sampai pukul 2-3 pagi. umairah dengan aqil je yang excitednya. arrisa excited dengan makan je dia. semua benda daddy makan mesti bagi dia sama. dah montel si kecik rambut lebat tu.

koleksi anak buah. tak cukup sorang. damia maisarah tengah menyusu.hihi

my little family :)

ok ni je satu-satunya gambar aku. ni pun aku timingkan. LOL

ni kat rumah tok aku sebelah ayah. meriah sampai tak terlayan orang tua tu. hehe

"daddy i want that cookies"- arissa

ni rumah mak lang aku. yang ni lagi meriah. ramai anak sepupu sepapat. haha


arissa- setiap rumah mesti makan. mentang mentang umur da cukup setahun. semua dia nak makan. bihun sup,laksa,nasi ayam semua nak makan.heh

yang ni damia maisarah dan damia umairah. gambar ni aku ambik sbb si maisarah ni sibuk nak gambar dia pakai tudung. pun boleh laaaa...

dan ni kakak rampas balik tudung yang adik pakai. haha

and time tu makcik selfie. hehe. muka alya spoil sbb tengah excited main bedak. 

that my raya stories. so anak buah makcik, nanti dah besar boleh la budak entry raya korang dan tengok la perangai korang time kecik-kecik dulu.hehehe

No comments: