mr nuff

Sunday, 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

selamat hari raya...! selamat hari raya....! selamat hari raya....!

assalamualaikum :)


first of all, aku tak balik raya tahun ni. fine.! fine..! tayah tunjuk gambar ketupat, lemang, rendang kat aku ok. aku raya kat uni je sbb cuti 3 hari je beb. gila kau selatan ke utara nak balik hanya kerana cuti 3 hari. memang tak lah kan. 12 jam dalam bas. kena pulak jalan jem balik dari kl ke perlis pun makan masa 14 jam. silap-silap 24 jam aku dalam bas nnti. 2 hari dalam bas 1 hari duduk rumah. tak berbaloi betul.


ehh sape cakap aku tak raya tu? aku raya okey. dalam bilik sambil dengar lagu raya bersama secawan nescafe dan buku. tapi pagi ni aku pergi sembayang raya. rasa la sikit suasana raya. gigih tau aku jalan dari kolej kediaman ke masjid besar uni. 30 minit jugak la jarak dia.


makan? bab makan kat sini takyah cerita laa. banyakkk sangat...! ok menipu. takde makanan ape-ape. kafe pulak tutup alamatnya makan bubur segera la. 2 minit siap. ala macam megi tu.







tengok sape cakap aku tak raya tadi.? aku pakai baju raya ok. tapi baju raya 3 tahun lepas. hahaha. warna merah kauu.. tape hari ni lembu tak berani kejar sbb takut kena korban. hahaha.

motif of this entry? takde pape. aku bosan sebab duduk dalam bilik je sambil telan air liur tengok korang post gambar makanan. tu je. ok bye.


salam perantauan dari saya kepada seluruh ahli keluarga di perlis dan kuala lumpur yg tak balik perlis jugak tu. hahahaah. *bajet duk oversea* 

bye. XOXO