mr nuff

Friday, 7 November 2014

busy life


Assalamualaikum :)


busy and busy and busy. itu la life aku sekarang. nak taip blog pun dah malas. tapi sebolehnya nak jugak sebulan ada satu entry. cukup laa. nampak la jugak aku tak lupakan blog ni, buat bacaan dan memori hari tua. kah kah kah.


belajar ape yang busy sangat kan. actually memang busy mengalahkan time kerja dulu. zaman diploma pun aku tak rasa sibuk mcm sekarang. kadang-kadang tu ada hari yang ada test ambik kauu sampai pagi aku tak tido. sekarang ni nescafe dengan aku dah macam rakan karib. takleh berpisah. nak lelap mata pun aku rasa kedekut. mata dan kulit muka aku kau tayah cakap la. hitam je bawah mata. kulit kusam je tak terjaga. 


lagi dekat nak final exam lagi busy. tak pernah tau selama ni aku study dari 6.30pm hingga 6.00am. sekarang benda tu dah biasa. lepas subuh tidur kejab then pukul 8 siap-siap pegi kelas balik. jabgi pukul 5 habis kelas tidur sejam then sambung study. dah macam orang gila dah. tapi salah aku jugak time cuti midsem hari tu aku balik kampung memang tak buka buku dah. enjoy je. memang holiday betul. ni dah masuk balik baru la kelam kabut. padan muka aku. hahahaha


satu lagi member aku cakap, awal-awal year je rajin, nanti dah second, third year dah pandai sikit 'selok belok' universiti dah tak busy dah. hahaha. yang mana paham-paham laaa... 


ok la malas dah aku merapu banyak. sebab banyak lagi projek menunggu. gila kau setiap subjek ada projek. hurmmmmm.... ok lah bye.