mr nuff

Sunday, 14 December 2014

Healthy balance diet

Assalamualaikum :)

macam-macam benda aku nak update dalam blog ni untuk tatapan hari tua*hahaha*. tapi busy dan mood nak taip entry selalu menghalang. kalau tak busy, takde mood satu hari suntuk aku layan shinchan jela. nak taip entry ni pun kena pilih random cerita ape aku nak taip. budak hostel, macam-macam benda yang tak berapa menarik jadi menarik.


dah la malas nak mengarut panjang, hari ni aku nak story sikit pasal balance diet. Woooowwww nampak macam dah ada kesedaran nak jaga kesihatan. hahaha. sampaikan projek multimedia pun aku suggest topic healty balance diet. *Padahal diri duk mcm tu gak.kah3*. tapi..tapi..tapi semua tu berubah bila aku pergi timbang berat aku. perghhhh memang terkejut beruk derrr. meh aku upload sikit. bakpe nak malu. bawa lemak banyak ko tak malu. LOL

dengan tinggi 165cm berat aku patutnya 63kg jeeeee!!!!...

bila dah tengok dengan mata hati baru sedar dah sampai masanya aku jaga kesihatan aku. dalam program ni target 3 bulan je tapi aku buat program aku sendiri. aku target 6 bulan tanpa makan ubat kurus ke ape ke yang banyaknya menipu. kau nak gemuk pun ambik masa bertahun takkan la nak kurus ko nak ambik masa 2 minggu je. realistik la sikit bhai.


so cara aku nak turunkan lemak? of course la kena tingkatkan otot untuk bakar lemak. cara macam mana nak tingkatkan otot? bersukan la der. kau dgn cara kau semampu kau. aku dengan cara aku. tapi sekarang ni aku nak cerita macam mana cara aku tingkatkan otot.

benda basic. first sekali aku pergi jogging! kira benda paling jimat la semua orang boleh buat
candid mintak kaki. kah3

Ni gambar lepas penat jogging rilex tepi tasik sambil hirup udara segar, macam biasa aku memang suka nature. bila tengok hijau rumput pokok tengok biru awan aku jadi rilex. sambil nak tingkatkan otot dapat rilexkan minda. 2 in 1. 


second step, aku main badminton. ni tingkatkan skill aku yang tak seberapa ni. 

gaya mesti lebih. ni acah acah nak smash org tapi bulu tangkis jatuh. kah3

cara ni memang cepat berpeluh. ko main double game pun dah berpeluh kemain. tambah lagi court badminton UTHM ni takde aircond, memang lagi berpeluh la cerita dia. tape lagipun peluh baik untuk buang toksin :D


cara ke 3, aku pergi gymnasium



kat gym ni aku main dalam sejam setengah then balik lah. set 3km je, tayah teruk-teruk sebab sebelum aku masuk gym ni, dah jogging satu round stadium uthm. ok la tu. lain orang lain stamina.  ohh btw gym ni free so tiap hari boleh pergi. dah bayar kan yuran fasilities, rugi la bayar tapi tak guna.

dan yang ke empat, futsal.

aku tak dapat cari gambar futsal dalam laptop. banyak sangat gambar. hahaha. nah print screen insta la senang. jemput follow. hahahaha. ok back to topic futsal, yang ni susah sikit nak ajak main sebab memasing busy, ada yang ada kelas malam, ada yang nak siapkan assingmnent so kena cari ramai orang baru best main. btw main futsal ni paling senang nak tingkatkan otot sebab banyak lari. oopss lupa lagi satu court futsal kat kolej kediaman aku ni selalu kena berebut dengan geng laki.

ni bukti. aku shoot dari bilik aku. ni kira awal lagi ni. kalau lewat sikit lagi ramai. kiteorg nak interframe main court sebelah memang mimpi la. tapi diorang bagi cuma ppuan harus la segan berlari lari laki tengok. booo.!

 dan benda paling basic sekali ialah berbasikal dan jalan pergi kelas
basikal petang-petang and malam-malam(malam2 rembat basikal orang je. ehh bukan rembat tapi pinjam) hehehe

tu je kot buat masa ni untuk aku tingkatkan otot untuk bakar lemak. aim aku bukan nak kurus tapi nak sihat luar dan dalam. :). 


ok done. kongsi cara korang pulak pls :)

No comments: