mr nuff

Wednesday, 18 March 2015

Cara atasi kekejangan kaki

Assalamualaikum :)


hari ni rasa nak shared sikit cara atasi kekejangan kaki. selalunya kejang kaki ni dirasai oleh ibu hamil, atlet dan tidur pada waktu malam. Sebab aku rajin nak bercerita ni sbb dah terjadi kat aku sendiri. sakit dia usah cakap lah. nak bangun dari katil pun sakit. nak turun tangga pergi kelas Ya Rabbi sakit gila. sentuh kaki sendiri pun rasa sakit.

Baru-baru ni aku aktif sikit bersukan. *cakap nak kurus kan. hahaha*. macam aku pepagi before pergi kelas aku pergi jogging 30 minit, balik mandi then pergi kelas jalan kaki. lepas tu petang aku pergi jogging/ berbasikal. Malam pulak aku pergi gym/main badminton/futsal. (tapi hari ni ngulat sikit sebab kaki kejang.huhuh)


disebabkan sakit amat sangat ni aku jumpa la doctor di Pusat Kesihatan Universiti. Banyak dia bagi advise ke aku dan cara mengatasi kekejangan otot ni. meh aku cerita..


first sekali sebelum korang buat apa-apa aktiviti pastikan korang buat regangan otot. pastikan betul-betul buat regangan supaya tak kejang kaki mcm aku ni. tapi bila dah kejang korang boleh try cara luruskan kaki then arahkan hujung kaki ke arah badan sikit - sikit. kalau ada minyak panas boleh la try sapukan.

opss sebelum tu..  meh aku bagi info sikit kenapa kekejangan otot terjadi

"Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.

Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda."


bagi nak mengatasi masalah kejang otot ketika bersukan ni kita digalakan minum minuman isotonik dan ambik makanan berkabohidrat macam nasi. *kau nak kurus jgn skip makan* then makan buah-buahan macam pisang. Air mineral juga perlu tau untuk elakkan tubuh kita terhidrat. 


tapi kalau semua kau dah buat tapi masih kejang jugak dipersilakan berjumpa dengan doctor. macam aku nak sentuh kaki pun sakit. terpaksa la jumpa doctor. nasib baik free. haha



ps: ada hikmah jugak kejang kaki ni. boleh duduk bilik sambil update blog dan buat assignment (positive habis. haha)

pss: doakan aku cepat kurus. hahahahaaha

No comments: