mr nuff

Thursday, 5 March 2015

Project Semester Break

Assalamualaikum

Entry pertama aku tahun 2015. Nak kata busy tak jugak sebab tengah cuti, tapi nak update blog malas oii malas. Haha. Tengok tajuk ala-ala projek memikat suami astro ria je kan. Hehe.  sebenarnya cuti sem ni aku cuti 6 minggu so takde kerja aku buat la projek. Nak kerja ayah aku tak kasi. Dia cakap cuti tu orang bagi suruh rehat tayah kerja la. ‘Dah la lepas habis diploma langsung tak rehat. Jumaat habis last exam diploma hari isnin terus kerja pastu sambung degree seminggu lagi nak masuk universiti baru berhenti kerja.... bla..bla...bla...’ panjang jugak la ayah aku bebel. Alhamdullilah la murah rezeki tak sempat menganggur.


Bila dah cuti ni masa terluang aku banyak, takde kerja lain aku merayau time petang tak pun aku pergi memancing ikan, buat resepi baru, buat kek kasi ayah aku makan. Tapi sekarang ni best sikit sebab abang aku dah kerja kat perlis so bertambah la orang kena try resepi baru aku. Haha. Paling berfaedah sangat pun teman tok aku pergi sana sini jadi driver. hehe


Ok back to the topic, di sebabkan bosan, aku tengok tanah kosong belakang rumah aku terbiar je so projek aku adalah tanam sayur. Kah..kah..kah bunyi cliche gila tapi menarik ko tau. Tiap kali aku nak masak takyah beli, ambik je belakang rumah segar dan organic. Kalau kau nak beli sayur organic kat pasar tu mahal tau baik aku tanam sendiri bebas dari bahan kimia.


Sayur aku tanam:

-kacang panjang
-bendi, kangkung
-sawi jepun
-sawi
-daun kucai
-daun selong
-daun sup
-halia
-kunyit
-kobis bulat
-kobis bunga
-carrot
-cili besar dgn cili kecik


aku gigih tau cari ulat yang makan daun ni memalam. ayah aku suruh spray racun taknak sebab nak kekalkan organic tu. hehe

Ni je aku sempat tanam. Aku tak sure aku boleh ke makan sayur banyak macam ni tapi aku suka tengok dia tumbuh menghijau. Hahahaha. Tapi satu je leceh sikit bila tanam time panas ni, kena banyak siram air. Kira tiap pagi dengan lewat petang la aku siram pokok. Nasib cuti-cuti ni takde buat kerja pape.  


Btw lupa nak cakap pokok kacang panjang dengan bendi ni dah tanam masa balik cuti mid sem tu so sekarang dah boleh makan. Tinggal ke ayah aku tolong siram kan tengok- tengok dia pasang paip getah keliling pokok tu, buka air je pastu biarkan. Haha. Malas la tu nak siram pokok lama-lama.


Sebelum aku berhenti bebel ni meh aku cerita sikit macam mana nak buat baja organic. Guna bahan kat dapur je boleh buat baja. Cara aku campur tanah, gula merah, kulit telur, kulit pisang dan air. Simpan dalam bekas tertutup selama seminggu atau dua. Lagi lama lagi banyak microbacteria lagi baik baja tu. 


kangkung yg dah dikutip utk dijual. saje cabut memalam untuk kekalkan kesegaran dia

owhh lupa nak cakap, sawi jepun, sawi, carrot , cili semuanya kena guna teknik semaian baru elok. cuma satu je sayur yang aku tanam kena spray racun... kobis bunga dengan kobis bulat. dua-dua tu aku kena spray racun sebab kobis susah utk elakan ulat/serangga makan. tapi letak sikit dah la. bukan nak buat jual pun walaupun hakikatnya ayah aku akan petik jual ke kedai makan sebab sape nak makan sayur banyak-banyak camtu. hehe



 kangkung, sawi jepun, sawi biasa dalam lingkungan (4 minggu)

 daun sup (2 minggu) - family aku suka masukkan daun sup dalam masakan sbb wangi katanya so aku tanam supaya takyah beli dan bebas racun kimia. yeeeyyyy


kobis bunga- leceh nak jaga sikit sebab kecik-kecik pun daun dah belubang sana sini.


sawi jepun. kecik je and my favorite sayur! yumyummm :) 
p/s: gambar waktu mlm sbb time ni aku tengah sengsorang cari ulat. abg aku ckp berani kau ehh malam-malam g belakang rumah. hantu muncul baru tau. kahkahkah. tapi tak takut pun asalkan pokok aku hidup sihat. hehe

semaian anak benih. ni pokok sawi

kangkung. sayur yang paling senang jaga. tabur benih then siram je hari hari bagi tanah lembab. 

daun kucai untuk buat cucur udang. yum yummm... baru tengok pokok aku dah terbayang makanan =_="

kacang bendi. pebret ayah aku. 

kacang panjang. asal nak masak je pergi kutip. fresh dan best. makan pun rasa ranggup. 


sebelum ni gigih juga la aku cari benih carrot. tapi tak jumpa. rupa-rupanya carrot org tanam guna keratan batang. cisss fail sains aku. nasib baik dpt gak ambik engineering. #ehhh. 

ohh my sawi. tak sabar nak balik midsem ni makan sayur dakuuuu.... entah2 dah habis ayah aku jual. hahahaaha,


ok tu jela nak update. boring kan. tapi biar lah, aku suka tengok daun hijau dan langit biru. so tanaman salah satu minat aku dan masa cuti semester aku tak terbuang dengan benda yang tak berfaedah. :)

No comments: