mr nuff

Thursday, 12 March 2015

Masalah jerawat

assalamualaikum :)

tetiba hari ni nak share something dengan korang, ni bukan iklan berbayar ke ape tapi ikhlas dari hati. kehkehkeh. Sebelum ni memang ramai yang tahu aku memang ada masalah jerawat yang teruk sejak dari sekolah menegah lagi. macam-macam product aku cuba. cerita bab klinik kulit beribu dah aku rasa duit habis. sejak dua menjak ni ada la member aku tanya product yang aku gunakan untuk hilangkan jerawat dan parut jerawat. tengok pun kesian tapi aku dah merasa lama dah jerawat ni. sakit kot tapi sakit lagi hati kite ni. hadap cermin pun dah rasa malas tengok muka sendiri.


perubahan muka aku makin teruk bila aku ambik diploma. jerawat bernanah kemain. waktu tu product aku dah try : (2008-2010)

-olay total effect
-olay white radiant(pencuci & pelembab)
-a'laisya(full set)
-garnier

empat jenis product ni aku try. langsung tak bagi kesan pada muka aku. tapi waktu aku pakai product tu semua muka aku tak cukup teruk lagi. start tahun 2010 aku dah tak tahan dengan nanah dan muka jadi merah-merah. aku google la rawatan tradisional. orang cakap tradisional lagi baik dari beli product ni kan. aku admit tu tapi kadang-kandang tak sesuai jugak dengan kulit remaja.


rawatan tradisional yang aku try ialah guna kulit kayu manis dengan bedak sejuk untuk hilangkan jerawat. member aku try berkesan. mulus je muka dia. tapi bila aku try. perghhhh jahanammmm muka. sampai semua orang tegur yang jerawat aku makin lama makin teruk. sampai abang aku sendiri kutuk aku. then akak ipar aku ada cadangkan pergi je klinik kulit.


klinik kulit. hurmmm. 5 bulan pertama aku pakai kulit jadi mengelupas dan jerawat takde. memang berkesan. masuk bulan yang ke-6 licin mulus je kulit aku tanpa sebarang parut jerawat. hebat kan. harga pun hebat laa. tiap bulan dalam 60 ringgit aku habiskan untuk ubat jerawat je. student wei rm60 tu banyak jugak tau. aku teruskan pakai sampai la setahun setengah. cerita dia jadi bila aku kena buat latihan industri kat penang. nak gi ambik ubat kat klinik tu memang susah. nak pulak aku tataw dia bagi ubat ape kan. so aku berhenti la kejab dalam 6 bulan. guess what.... kulit aku teruk balik. kali ni bukan jerawat kecik-kecik tapi bengkak besar-besar yang ada nanah dalam tu. memang malu gila wei. muka terok ya rabbi.

ohhh lupa nak cerita, time aku praktikal, disebabkan nak ambik ubat klinik susah aku try pakai

-loreal paris (full set)
-STII
google

full set weh. habis beratus gak la. botol besar plak tu aku beli. last-last aku bagi ke akak aku je sebab dia memang pakai loreal paris. kesudahannya aku pergi jugak klinik kulit buat rawatan. tapi ubat yang aku duk pakai dulu dah takleh pakai sebab doctor kata dah tak sesuai dengan kulit aku. so dia tukarkan ubat baru. harga dia tiap bulan rm80. makin mahal. tapi nak cantik punya pasal aku beli jela sampai la aku semester 6. kira setahun jugak la aku pakai ubat tu.


masuk je semester 6 (jan 2013) aku dah tak pakai ubat klinik tu sebab tengah bajet duit nak buat final year project. so aku try pulak SAFI BALQIS botol colour hijau. dalam sebulan lebih aku pakai memang ok tapi ade la jugak keluar jerawat sikit-sikit. disebabkan time aku pergi ke pasaraya nak beli pencuci dan pelembab yang dah habis, ada sorang promoter ni cakap ke aku yang SAFI BALQIS WARNA BIRU tu lagi ok untuk jerawat. aku pun baca description dia tulis dengan gamat untuk jerawat. aku yang cepat terpengaruh ni beli dan pakai. dalam masa seminggu je kulit aku bertukar disaster. memang teruk gila bab*. pedih, merah, bernanah. aku pakai jugak sampai 3 minggu sebab aku ingatkan healing crisis macam selalu orang cakap. bodoh kan.!  last sekali dah tak tahan terus jumpa doctor kulit. rupa-rupanya muka aku bukan jerawat lagi dah tapi doc cakap dah jadi radang kulit,.

gambar google



dalam 5 bulan jugak nak ok balik kulit aku, tapi dah tak semulus dulu. at least nanah yang naik ke muka tu berhenti la. sebulan aku habis RM 120 disebabkan SAFI BALQIS tu.




ni la product yang doctor tu bagi aku untuk pakai dan makan. ubat dia aku tak ingat nama lah. tapi satu biji 3 hari sekali je makan. waktu aku duduk putrajaya aku cari la ubat tu area dengkil sebab nak balik perlis untuk ubat tu memang tak laa. akak farmasi tu "cakap mahal ubat ni dik. jarang orang makan untuk jerawat tapi memang ok". aku tak ingat la nama dia ubat ape. tapi serius mahal. sebiji dekat rm 8.


disebabkan mahal so aku pakai dekat 3 bulan je ubat tu. walaupun kerja tapi kos sara hidup meningkat tau. so aku decide makan doxymycin dan sapu clindamycin. berkesan la jugak. yang ni pun aku dapatkan advice dari doctor kulit ok. ingat main2 ke.. pencuci muka aku pakai SABUN BERAS. 






yang ni aku pakai agak lama la. memang berkesan dan ok sangat-sangat. kulit aku jadi licin balik dan parut jerawat makin pudar.

tapi disebabkan aku ni cepat ubah fikiran, aku pun fikir sampai bila aku nak bergantung pada ubat chemical kan. so aku stop makan ubat doxymycin. aku bertukar pulak pada yang lebih organic sikit kononnya iaitu......

VIRGIN COCONUT OIL (VCO)- TREENEA

pek lama
pek baru

honestly aku pakai vco ni memang best. makan dia buat kulit aku cantik tapi make sure korang kena minum banyak air la. dalam 3-4 liter sehari. tapi sabun dia aku tak recommended sebab buat kulit aku berjerawat balik. so kalau korang nak makan better makan yang kapsul dia aje. 


TAPIIII.................

satu je tentang VCO ni, bila dah makan takleh berhenti. aku ade baca katanya ok kalau berhenti tapi takleh drastik. entah la. tapi aku berhenti memang teruk terus muka aku. aku berhenti pun sebab time tu supplier aku duk ambik barang habis stok. so terpaksa berhenti kejab dalam 3 minggu. lagipun busy outstation time tu malas aa nak cari tempat lain. balik kerja pun da letih. bila dah teruk, aku gagahkan jugak diri cari tapi terus tanak baik dah, macam doc cakap, mungkin bacteria kat muka aku dah lali kot dengan suplement tu.


LASTTTT sekali,

aku stop VCO dan aku makan vitamin C, E dan Zinc. semua ni aku makan product BLACKMORES yang dah disahkan halal dan yang penting berkesan dan baik untuk tubuh badan bukan saje jerawat.


sorry tak de gambar blackmore zinc. lupa ambik. kikiki


pagi makan BLACKMORE ZINC selepas sarapan, malam pulak makan BLACKMORES BUFFERD C dan BLACKMORES  BIO E. tapi zinc tu aku makan tak lama sebab aku rasa makin bertambah je jerawat aku walaupun farmacy cakap healing crisis. ahhh tak sanggup aku. ohh lupa sampai sekarang aku memang makan BLACKMORES BUFFERD C dan BIO E (untuk parut jerawat). lagi satu vitamin ni bukan untuk kulit muka je tapi seluruh badan. macam-macam khasiat vitamin C ni. kalau nak tau kau google la sendiri. kang makin panjang entry ni. hehehe. dan bila jerawat naik aku dap dap kan DALACIN T.  3 hari je jerawat memang hilang. cuma harga dia mahal sikit la tapi tahan lama. ok whatttt....


sebelum aku lupa.. dalaman aku jaga, luaran pun kena jaga jugak, untuk pencuci muka dan pelembab aku pakai ORGANIC AID VITAMIN E moisturise cream, pencuci,scrub dan vitamin E oil(untuk parut). Product ni memang best, lembut je. dan macam aku cakap vitamin E ni fungsi dia memang untuk parut jerawat. 


*gambar scrub pun aku tak ambik. tapi sama je bekas dia dengan mosturise cream dia cuma dia tulis scrub*

tapi disebabkan susah nak cari product ni, so aku decide pakai SEBAMED p.H 5.5 product.  ni aku guna pencuci dan toner je sebab pencuci organic aid susah sangat nak jumpa. so conclusionnya sekarang ni aku pakai

BLACKMORES BUFFERD C                   - 120 biji X2 = Rm 120 (tahan 8 bulan)-beli time promosi
BLACKMORES BIO E                               - 60 biji = Rm 69 (tahan 2 bulan)
PENCUCI MUKA SEBAMED p.H 5.5      - Rm 24 (tahan 2 bulan)
TONER SEBAMED p.H 5.5                       - Free sekali pencuci (jimat oii.haha)
ORGANIC AID  VIT E MOSTURISE CREAM - Rm28 (tahan 4 bulan lebih)
ORGANIC AID FACIAL SCRUB (pakai seminggu 2 kali) - rm24 (tahan 6-7 bulan)
ORGANIC AID VIT E OIL                              - Rm 59.90 (tahan lama la jugak sbb dia pekat)
DALACIN T 1% (pakai bila ada jerawat je)     - Rm 70.00 (dah 8 bulan tp tak habis lagi)


so puas hati. muka pun makin ok dan tak bergantung pada ubat doctor lagi.

last skali bila nak kluar jalan -jalan aku pakai foundation dari revlon dan spray face mist dari body shop. dah setel masalah.



nahhh aku shared sikit gambar before and after aku makan blackmores. ingat nak letak dari tahun 2010-2015 on off nya jerawat aku tp macam malas aku nak cari dalam folder berlambar-lambak tu. so 2 keping ni jela yang boleh aku tunjuk. 

SEPTEMBER 2014
serebeh. pegi giant sek 18 cari barang dapur je time ni. hahaha

before. yang pakai baju biru tu aku. sememehkan nampak walaupun aku dah pakai foundation tutup jerawat tu...
.
.
.
.
.
.
.
.

JANUARY 2015

after berbulan tahan muka teruk. ni langsung tak pakai ape-ape. bedak pun tak. serius tak tipu.
*nampak la jugak parut jerawat tu tapi ok laa dari dulu.*

14 comments:

Qist said...

Salam perkenalan Azila,

Keadaan kulit sekarang macam mana?

split queen box spring said...

Good sharing, Blackmores Collagen 10,000mg which is enhanced with Grape Seed Extract and Vitamin E for complete skin rejuvenation in just six to 12 weeks. If your collagen breakdown in your skin is much faster and at a higher rate than what your body is manufacturing and the amount you are taking via collagen drinks/ supplements, you may need a longer time to see the benefits of collagen. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/blackmores-introduces-collagen-10000mg-to-fight-the-effects-of-stress-and-maturing-hormones/

shazna chocolove said...

ASSALAMUALAIKUM..Kulit sekarang camne?sekarang sis pkai ape u luaran dan dalaman

♀ cikiejasuriza ♀ said...

wah good info..skang masih mkn blackmore lg??sye bru nk cube untk amek vitamin...hope dapat kurangkan msalah jerawat yg makin berleluasa kt muke ni.. :-(

najdah nawi said...

Organic aid vitamin e oil utk di let go. Harga cuma rm40 exclude postage. Harga normal rm 55++

Very good utk pudarkan n hilangkan segala jenis parut. Parut jerawat pun boleh :)

Pm me if interested +60109177246

Cik Ziera said...

Assalamualaikum.. Sy nak jual set sebamed botol besar Cleanser, Toner dan Cream Muka n free scrub kecik sebamed(untuk jerawat) .. . Semua set besar belum pakai lagi.. Kalau berminat hubungi sy ok? 😀 wasap untuk gambar 0172598280

tasyab7_makeup said...

Sis nk tau x Knape jerawat makin teruk? Sbb sis kerap Kali tukar produk sedangkn itu hanya masalah hormon.Sampai 1 masa die akan stop sndri.Sepatutnya sis kawal pemakanan & teruskan dgn ubat doc lama sikit sehingga stabil.Sama juga Kos klu sis beli mcm2 produk sedangkan xberhasil sbb produk hanya luaran shj.

Dhia said...

Sy pun fikir mcm tu juga jerawat ni disebabkn hormon ..sy nk mintk pendapat sy bru je mkn blacmores buffenc tu baru 1minggu la ..tp jerawat makin naik perlu ke sy teruskn atau mcm mna?

Dhia said...

Sy pun fikir mcm tu juga jerawat ni disebabkn hormon ..sy nk mintk pendapat sy bru je mkn blacmores buffenc tu baru 1minggu la ..tp jerawat makin naik perlu ke sy teruskn atau mcm mna?

azila abdullah said...

hai dhia.

dhia boleh tengok entry saya yg baru.
http://azilabdullah.blogspot.my/2017/10/skincare-routine.html

mmg skin sy berkaitan dengan hormon. so tu step yg saya follow sampai ok skrg ni.

Dhia said...
This comment has been removed by the author.
Dhia said...
This comment has been removed by the author.
Dhia said...

Tu dari segi luaran kn ..tp yg blackmores buffered C ni elok tk dari segi dalaman? Docter ada ckp apa apa psal vitamin ni tak?

Dhia said...

Sy pun rasa jerawat ni muncul disebbkn hormon ..tp apa pendapat tasyab7_makeup klu nk ambil blacmores vitaminC ni??