mr nuff

Friday, 10 April 2015

Budget trip to Singapore

Assalamualaikum :)


trip bajet to singapore. kali ni aku memang betul-betul bajet punya. aku tukar duit dolar hanya $30 dolar singapore bersamaan RM80.70 duit malaysia. Baru ni aku convert 1 dollar bersamaan rm2.69.  Ringgit Malaysia jatuh teruk. kalau dulu Rm2.30 something sekarang ambik kau  jatuh teruk. So pendekkan cerita aku hanya bawa $30 dollar dan guna hanya $17.5 dollar. selebihnya aku tukar balik. hahahaha.


bagi aku barang dan makanan kat Singapore murah walaupun negara maju. tapi dengan syarat kau jangan la tukar ke ringgit. kalau kau tukar ke ringgit memang merana la kau. hurmm transport ke sana? aku naik bas jela. cakap nak bajet kau cuma kau kena kuat mental dan fizikal. kehkehkeh.


by the way, aku sekarang sambung belajar kat johor so reduce sikit la harga tiket bas. tapi aku rasa kalau dari kl pun tak mahal sangat la tiket. baru RM20 something. lepas scan kau punya passport kau boleh la tunggu bas citylink untuk ke bandar.


tempat first aku pergi mesti la Merlion Park. Kalau datang singapore wajib kau pergi sini. kira tak lengkap lah. memang banyak tourist kat sini. Ape yang aku boleh describe kat singapore memang bersih. kalah Malaysia oii. tapi macam mana pun Malaysia tetap di hati sebab toilet malaysia walaupun kotor tapi ade taip air. hahaha.

MERLION PARK












lepas je merlion park kita ke Garden by the bay pulak. bayaran masuk garden by the bay $5 dollar. you should try. memang cantik gila. Garden by the bay ni dikatakan taman buatan tercantik di dunia dan yang paling penting semua jenis tumbuhan kita boleh tengok. kalau yang jenis iklim tropika diaorang letak dekat luar tapi kalau yang tumbuhan iklim sejuk ada dalam banggunan dia. siap ada jambatan macam tree top walk lah.. paling penting ada air terjun sebesar 5 tingkat. pun buatan manusia jugak. yelaa singapore mana ada sumber tanah. makanan diaorang pun import dari malaysia dan thailand













okey next station kita kenyangkan perut lah. lapar kau tengah-tengah hari tak makan. makan kiteorang decide nak makan kat bugis street sambil shopping sourviner sikit. seingat aku kat bugis street ni la murah nak cari cenderamata untuk kawan-kawan. bukan takde pusat bebas cukai yang lain tapi bagi aku pusat bebas cukai dia mahal dan mahalll laaa... hahah

makan kiteorang ke kedai Qiji nasi lemak. by the way korang kena hati-hati sikit makan kat sini. takut makan yang non-halal. ohh kedai nasi lemak ni antara yang famous jugak la kat singapore. harga makan dia berpatutan asalkan korang tak convert ke ringgit malaysia.


nasi lemak ni harga dia $4.30 dollar. not bad kan. ayam 2 ketul siap telur dgn ikan lagi. kalau kat malaysia harga rm4.30 jangan harap dpt makan nasi lemak camni. hahaha.

cari keychain untuk member-member dan sehelai T-shirt I love SG. wajib. hahaha


ok lepas kenyang dan dah shopping sikit kita ke sentosa island. yang ni aku tak masuk universal studio. harga masuk universal studio $75 dollar. kau jangan berangan la tukar $30 dollar nak masuk universal studio


















last part lepas sentosa island mesti la ke marina bay sands tengok wonderfull show. harga? free laa weh. cakap nak budget. hahahaha.












so lepas habis show balik la ke Universiti tercintaa... trip kali ni aku hanya habiskan $17.5 dollar dan balance duit tu aku tukarkan balik. kehkehkeh. conclusion is sape cakap nak tengok tempat orang kena ada duit banyak? tapi aku sure aku ada pergi sekali lagi sebab nak masuk universal studio dengan budget yang lebih sikit.


yang pasti singapore memang bandar yang cantik dan maju.. So hanya dengan $17.5 dollar anda boleh pergi bercuti siap ada keychain and sehelai baju t-shirt lagi. 


byeee.. XOXO

2 comments:

zarina simbong said...

Useful Info....

Siti Suhaida said...

hai boleh tahu ini you pergi day trip ke?