mr nuff

Sunday, 26 April 2015

destinasi bajet Bali Indonesia Part 1

Assalamualaikum :)


seronok bercuti nak update blog pun dah suam-suam kuku. mood malas tu bercambah-cambah tambah pulak balik bercuti bertimbun submission. btw sebelum mood malas aku datang meh nak cerita destinasi bajet aku ke Bali. well orang lain dah berkurun sampai bali tapi aku baru jejak. sad life.! ok kali ni bajet aku RM400 sahaja 5 hari 4 malam tak termasuk tiket flight.


sebelum tu meh aku listkan harga:

tiket flight: RM368 (pergi balik)
1st hotel : RM93 (2 malam) untuk 4 orang. (seorang RM 23.25)
2sd hotel : RM176 (2 malam) untuk 4 orang. (seorang RM44)
Teksi dari airport : RM 58 untuk 4 orang. (seorang RM 14.50)
*sebenarnya kena tipu. harga sepatutnya hanya RM 16 je satu teksi. so carefull ok. naik teksi bermeter untuk elak kena tipu*
Skuba Diving : RM 102 seorang
Sewa Motor 1st day : RM 29 (2 biji) (seorang RM 7.30)
Upah Supir 2nd day: RM 146.6 (seorang RM36.65)
Sewa Motor 3&4 day: RM47 (seorang RM11.75)
Teksi dari hotel ke airport: RM16 (seorang RM 4)


pendawa beach : 5,000rp (seorang) = Rm1.46
Uluwatu temple : 15,000rp(seorang)=Rm 4.39
Tanah Lot : 30,000(seorang) = Rm8.79

total : RM 258.

sourviner: RM 52 (5 helai baju, 1 seluar, keychain, fright magnet, and some benda merepek)

makan 5 hari : RM 87 sahajaaa... (makan mewah jugak laa)

DAY 1

first sekali pagi tu bangun and sarapan (pakej hotel) terus pergi kuta beach. well first day kan. lagipun hotel aku dekat je dengan kuta beach. sambil tengok orang surfing kiteorang cuba fikir kat mana nak pergi dulu. So conclusion is nak try surfing hari last. maka terjadi lah ke ULUWATU temple dulu. Btw majoriti rakyat bali beragama hindu. so kat sana tak banyak peraturan tapi lebih kepada adat.

jarak kuta ke uluwatu jauh jugak la sebab kiteorang gamble je naik moto ikut peta ambik free dekat airport.haha. sorang pun tak buat data sebab mahal kan. tapi kalau nak jugak boleh beli sim kad kat sana. so jimat la sikit.

uluwatu temple memang cantik gila. kat sini ada kecak dance tapi kami datang tak sempat tengok sebab member aku sibuk nak main watersport. aku? tak kesah pun sbb aku lebih suka view nature dari tengok dance bagai. so tak termasuk dlm list pun takpe. hehe

harga masuk ke uluwatu temple Rp 15,000. sape yang pakai seluar pendek kena pakai kain tutup tapi yang dah bertutup dapat kain warna kuning ikat di pinggang. aku punya ikat2 tengok-tengok hilang. kah3.





 gila view memang cantik gila tak tau nak describe macam mana. dia punya excited kalau boleh semua benda nak ambik gambar. kikiki

next trip kiteorang ke dreamland beach tapi tak jumpa la. lagipun dreamland beach katanya tak berapa best sangat so next ke nusadua. layan pantai laa ape lagi.


mulanya taknak try skuba tapi bila dan semua try takkan aku sorang je nak tunggu tercongok kat situ. skuba diving Rp350,000. harga sepatutnya Rp700,000 tapi bodek punya pasal dapat la Rp 350,000. alkisahnyaa baju satu mende pun tak bawa cari la area situ dah mahal gila. tak berbaloi rasa. sebab tu la kiteorang layan skuba je. nak layan parasailing tiupan angin katanya tak ok. so takleh :'(







sorry gambar dalam air tak berapa cantik sbb resolution teruk sikit. tapi ok la dari takde kan. kat sini air jernih gila dan aku boleh nampak semua. pakai contect lens bhai masuk laut demi ikan punya pasal. debar dia jgn cakap laaa..


suggestion aku kalau korang ke bali boleh ke Watermark Nusadua. harga dia memang berpatutan dan layanan pun mesra. kain tuala, shampoo semua dia provide.
muka dan burn walaupun baru first day *insert cry*

kiteorang habis skuba dalam pukul 4 petang. Ingat nak ke Tanah Lot tengok sunset tapi akak kat situ cakap tak sempat sebab sana pukul 5 lebih dah nak gelap. so redho jela. cari makanan sebab makan time breakfast je. hahaha

pusing punya pusing pukul 6 baru kiteorg jumpa kedai makan yang oke dan halal. area kuta je. sini katanya kena hati-hati sikit sebab macam halal tapi tak halal kedai tu. so precaution kena la tengok signboard halalan thoiyaban dulu baru boleh masuk order.




malam tu kiteorang plan nak keluar jalan-jalan je tapi tetiba member sorang ckp sakit kepala migrain so kasi dia tido jela. nak keluar bertiga mcm tak best la datang berempat tapi tinggal member dalam bilik sengsorang kan. so tido jela cerita dia. penat kot skuba.


bersambunggggg.....

2 comments:

anys nadhilah said...

Ee murah!!

azila abdullah said...

kannn.. sape cakap nak pergi melancong kena budget banyak.