mr nuff

Monday, 8 June 2015

destinasi bajet Bali Indonesia part 2

Assalamualaikum :)


lama tunggu part 2. haha i know i malas lately sebab banyak kerja. demmm submission tiap minggu kuiz, test bercambah and dah dekat final exam. before aku cerita panjang aku nak suggest satu benda, if kau memang banyak duit better kau upah supir untuk bawa kau ke mana saja. aku ni kedekut kalau boleh semua nak bajet tapi buang masa sikit la kau nak cari jalan bagai nak ke satu-satu tempat. aku tengok majoriti ke bali ni upah supir. diaorang bawa kereta avanza so selesa sikit la.


tapi ni aku nak cerita cara backpacker jenis aci redah duit tak banyak. haha. cuma satu je paling important make sure kau book hotel awal-awal. jgn aci redah je sebab harga akan murah banyak dari walking cari hotel. kau masuk je AGODA ke, TRIVAGO ke atau AIRASIA GO. tapi kalau ikut aku air asia go lagi banyak yang murah dari agoda dan trivago.


ok back to topic part 2 ni aku jalan-jalan ke mana. hihihi, kali ni mcm aku ckp sebelum ni kiteorg upah pak supir dari hotel je. harga 500,000 sebabnya kiteorang nak ke ubud. plannya nak tidur di ubud tapi macam tak best je kat ubud tu. better kat kuta lagi.














lepas lepak tanah lot terus ke ubud. agak jauh jugak la. well lebih kurang 2 jam lebih nak ke ubud. as i said ubud banyak tempat best tapi lebih kepada sesiapa yang suka natural hutan. tempat dia tenang. Macam kiteorang plan nya nak tengok volcano tapi tak jadi sebab jauh sangat so decide ke tukat unda dan tegalalang.

tukat unda tu ada waterfall bertingkat. tapi aku ada some problem sikit kat tukat unda tu. orang sana semua nak minta bayar. seorang Rp25000. gila.! untuk mandi tempat umum nak minta bayar sebabnya kiteorang orang Malaysia. Shit gila rasa. spoil mood. the end tak mandi pun sebab sakit hati je. kesian pak supir bawa jauh-jauh tapi mood kiteorg out. haha






last part ke tegalalang. kat tegalalang ni ada paddy terrace. cantik. dan kalau kau nak makan boleh ke bebek tepi sawah. makanan dia memang marvelessss lah jahhhh... 2 kali aku tambah nasi. hahaha


lepas balik je ingat nak tengok barong dance tapi barong dance ni ada waktu dia. kiteorang pergi time takde persembahan. kecewa member ai nokss.

ape lagi dah takde persembahan balik hotel la cerita dia malam tu. tapiiii... mana mungkin malam duduk hotel je. rugi oii. so decide jalan-jalan pekan kuta. jalan ok jalan. bukan naik motor. kerja gila tapi tu la yang best nya. hahaha


untung tau hotel aku dekat dgn atm. senang keluar duit. tapi bank charge rm8. mahal gilaaa :'(

next day

disebabkan motor yang pihak hotel sediakan semua dah ada orang book, terpaksa jalan kaki rayau cari motor. hahaha memang gila puak ni. jauh gak la jalan tengah-tengah panas tapi yang bestnya dengan jalan la korang boleh tengok suasana sebenar bali. betul tak tipu.



guna DSLR selfie memang takleh hide langsung jerawat*sigh*

lepas 2 jam berjalan akhirnyaaaa jumpa speda motor. terus sewa untuk dua hari. penat-penat pun tetap ceria. hahaha

dah dapat motor destination pertama keeeee POTATO HEAD BEACH CLUB. very the awesome place la baq ang. kat club ni confirm memang betul-betul boleh rilex dengan suasana pantainya. private beach so memang best gila. cuma makanan kat sini korang kena hati-hati sikit sebab banyak campur rum/arak. especially kopi. mcm dekat club ni dia letak asing kopi dan arak, tapi ada setengah coffee house dia terus masukkan dalam kopi kita. so hati-hati.














ada muka yang terlebih excited tu sila abaikan. hahaha

ok lepas dah puas hilangkan penat kat potato head beach club kiteorang terus ke Pendawa beach. Pantai ni memang awesome sebab cantik gila air dia. sangat-sangat better dari nusadua. 














atas ni upacara memohon dewa laut untuk berkati perkahwinan tak silap aku. terpaksa berhenti tepi.


ok dah la. dah cukup panjang dah entry ni. nanti aku sambung kalau rajin atau mungkin tak. kikiki


#dah sebulan lebih dalam draft. bye. happy reading everyone. *bajet mcm ada org baca* hahaha

No comments: