mr nuff

Sunday, 20 December 2015

Char kuey toew simple

Assalamulaikum :)


rasa macam expert pulak nak update entry masak masak ni. lama wei nak taip entry resepi simple mimple ni, buka tak masak tapi malas nak update tu kemain la, tapi malam ni macam seronok pulak update blog sebab boring takde nak buat ape. nak study malas padahal lagi 14 hari lagi nak final. kihkihkih.


sebelum aku bebel lebih panjang jom kita tengok resepi nak buat char kuey toew simple untuk bujang macam aku nak makan grand sikit dari telur goreng+kicap. hehe

bahan- bahan

-kuey toew
-daun kucai
-tauge (kalau makan, aku tak letak sbb tak makan)
-air
-pes char kuey toew
-udang/ kerang
-telur





tu je bahan kita perlukan. oyeahhhh... ni untuk 4 orang makan tau. pes tu satu botol boleh 13-14 kali masak. jimat. hehe

1- panaskan kuali tambah minyak masak sikit then goreng udang sekejeb hingga berubah warna then masukkan kuey toew dan daun kucai, goreng hingga koey toew lembut pastu angkat,

2- tuangkan pes char kuey toew dengan sedikit air biar hingga mendidih then masukkan kuey toew yang dah digoreng tadi ke dalam perencah, then pecahkan telur sebiji dah kacau laju laju dengan api yang besar. pastu angkat. 

3- repeat step 1&2 untuk char kuey toew yang berikutnya. setel :)



simple kan. baru keluarkan rm 5 utk udang, rm1.20 untuk kuey toew, rm0.50 untuk daun kucai dan rm8 untuk pes. boleh repeat makan banyak kali. #studentsambutseruanmenteri 

Friday, 18 December 2015

Self Review 24K bio essence gold water and secret skin kawaii collagen

Assalamualaikum:)


dah berbulan tak update blog. rasa macam dah bosan pulak. hahaha. Sebelum tutup tahun 2015 aku nak jugak la update blog yang dah terbiar ni. tetiba terasa nak review produk yang aku guna sekarang ni, memang best tak tipu. nak dijadikan cerita cuti midsem aku baru ni bulan 11 hari tu aku pergi holiday kat north sumatera. bab holiday tu nanti aku story sebab malas. haha


well balik dari holiday, berjemur berpanas semua, muka aku alahai kering pulak. dulu masalah jerawat sekarang ni kering le pulak. masalah betul kulit aku ni. dulu aku pernah story muka aku yang berjerawat kat SINI . bila dah semakin okey parut pun hilang masalah lain pulak timbul. usia bertambah kondisi kulit pun berubah ye dok.. kikiki ( baru 23 tahun kot. hiks).

by the way, untuk hilangkan masalah aku ni, aku makan secret skin kawaii collagen.(set dr halina dan set jihan) . aim utama aku bukan nak putih pun tapi nak kulit sihat dan berseri,


-aku ambik dari google je. malas nak ambik gambar sendiri.kiki-

so far aku makan baru 4 botol. rasa dia memang the best. stem cell memang bagus untuk badan kan. sejak aku makan ni aku rasa kulit aku yang berminyak tiap pagi bila bangun tidur tu dah tak berminyak, putih tu aku tak nampak kesan sangat tapi parut jerawat, pori kat kulit aku pun dan semakin baik. ohh lagi satu aku ada masalah kulit badan tona tak sekata. bila aku makan collagen ni kulit aku makin samar dan hampir nak sama dah. lagi pun aku baru makan 4 botol weh. tu pun tak habis lagi. 


lagi satu jangan silap aku tak jual produk ni, kalau korang nak beli korang search la sendiri kat instagram ok. jangan lupa alang alang buka instagram tu follow la insta aku skali. nah klik  link ni .



dah last sekali aku nak share benda baru je aku pakai tapi aku dah jatuh suka dengan produk ni. senang pakai, tak melekit dan bagus untuk kulit kering macam aku ni. aku pakai benda ni waktu pagi sebelum pegi kelas dan malam sebelum ni. untuk pengetahuan korang, aku ni paling malas make up. pergi kelas pun bedak pun tak pakai. confident je dengan diri sendiri. hehe. bukan ape aku rimas ada benda melekat kat muka aku, rasa macam terancam. hahaha


 nah ni la aku pakai, harga dalam RM78 ringgit camtu tapi kalau dengan aku sah sah la tahan berbulan sebab pemalas nak tempek banyak-banyak. aku suka sangat benda ni, ala-ala SKII la tapi tak mampu nak beli SKII noks. takkan aku nak guna duit biasiswa JPA hanya untuk SKII memang idok ler.



panjang dah aku bebel, chow dulu, sape rasa dia ada sebarang pertanyaan or ketidakpuasan hati kat aku ke boleh la email ke aku yer. cari la email aku kat tepi tu haa. ade je. insyaallah kalau aku boleh bantu aku bantu.


nah sebelum aku berhenti taip, belanja sekeping gambar tak pakai make up langsung. maaf la front camera phone aku cikai sikit. heehehe

ni gambar tempek foundation revlon + face mist body shop + lip gloss ice lips rm8 henggettt. setel 
ni aku make up sebab nak buat video projek.kikiki

opss sebelum lupa, gambar scary tahun lepas harus la update jugak. kenangan bhai, pedih kat muka pedih lagi kat hari kitee... ni muka kalau pakai camera 360 beauty pun tak jalan tau. dia punya jerawat kemain tebal.