mr nuff

Saturday, 23 April 2016

Travel to Medan

Assalamualaikum :)


my first entry for 2016. hahaha dah bulan april baru rasa nak update. by the way, kali ni nak stories sikit pasal trip aku ke medan sumatera utara. bajet yang aku guna rasanya dalam 400-500 ringgit malaysia rasanya. booking tiket flight paling murah. hahaha.  sebenarnya tak plan pun nak ke medan ni sebab aku plan nak ke boracay tapi flight tiket ya rabbi mahal nau nau. so atas bajet masing-masing tukar la destinasi kita. kikiki


for me lah, medan ni tak banyak sangat tempat yang kita boleh pergi dalam masa terhad. semua tempat yang aku pergi jarak perjalanan dia makan masa berejam. macam aku, aku stay di bandar medan. so jarak aku nak pergi ke danau toba tu makan masa 5-6 jam lah. 



my travel buddies


aku naik flight malam pukul 7pm  dan sampai kualanamu pkul 6.30pm waktu tempatan. ohyaaa medan lambat satu jam dari waktu malaysia.


benda first bila sampai medan indonesia. perghhhhhh tengah taip ni pun aku dah terliur. hahahah. serius aku memang penggemar ayam penyet. kalau duduk shah alam dulu ayam penyet AP kt sek 18 aku selalu makan. sedap gilaaaa.... tapi di medan ni lagi urmppp orang cakap. tak dapat lawan lah. hahaha. 

disebabkan kiteorang sampai malam dah, aktiviti malam tu hanyalah makan...makan... dan makannnn... hahaha

next day, kteorang gerak ke parapat. danau toba lake. makan masa jugak la dalam kereta. sempat aku tido bangun pastu tido balik pastu bangun baru la sampai. haha


untuk ke tempat orang batak ni kita kena naik bot. tak silap aku rp50,000 untuk 3 orang. danau toba memang tempat wajib korang pergi bila dah sampai ke medan ni. kalau tak silap aku, danau toba lake ni adalah tasik semulajadi yang ke 3 terbesar di dunia dan terbesar di asia tenggara. sejarah tasik ni dikatakan akibat letusan gunung berapi 400 tahun yang lalu yang mengakibatkan kemusnahan dinasor. tu jela yang aku tau. ohh lupa pak supir kiteorang ada cakap yang tasik danau toba ni sangat dalam, pernah kapal terbang terhempas dalam tasik ni tapi semua mati sebab tak dapat diselamatkan disebabkan kedalaman tasik ni.

katanya siapa yang jatuh ke dalam tasik ni sure mati walaupun teror berenang. sejauh mana betulnya tu aku tak pasti. tempat orang kan. orang cerita kita dengar jela. tapi view kat tasik ni memang lawa. tak tipu.



 orang cakap bila datang sini sebut horas diaorang akan bagi diskaun. tapiiiii aku tak beli pape pun kat sini. hahaha. di sini semua suku batak. katanya batak ni umpama cicak, di mana pun di dunia ni ada cicak. macam tu juga suku batak ni, berada di serata dunia.








oh yaaa orang batak ni dikatakan suka kahwin dengan perempuan buah dada dia besar. katanya subur dan boleh dapat anak ramai. sbb tu batak boleh ada di mana mana.



cicak dan buah dada ni simbolik orang batak. malu eden mula-mula sampai. merata tetek diaorg letak. hahahaha.

dah puas jalan haruslah makannnn... ni makan berhidang katanya. lauk hanya dikira jika kau sentuh lauk tu. tapi serius lah aku suka masakan medan ni. kena dengan tekak aku. dan paling aku suka samba belacan dia. memang the best. orang sana cakap sambal ijo. kikiki

hari ke tiga kat medan kita ke brastagi. brastagi ni sejuk sikit berbanding tempat lain. boleh cakap macam cameron highland lah. tapi sejuk dia lebih sikit dari cameron. 

ni aku berada di tokong terbesar asia tenggara katanya. hurmmm not so excited sangat. tapi boleh la tengok dari takde. masuk ke tempat ni free of charge. hanya perlu tulis nama je kat guard depan tu.





ok next ke air terjun sipiso piso. memang tinggi tak tipu. korang kena turun tangga sampai ke bawah. kteorg tak turun nak hiking gunung sibayak lepas ni. kira tak cukup masa lah. tinggi air terjun ni 150 meter. orang panggil sipiso piso sebab kat air terjun ni takleh mandi sbb katanya tajam umpama pisau. maybe sbb dia tinggi kot. bahaya doe.











ok sekarang kita berada di paras atas gunung sibayak. kononnya antara tempat ke empat bahaya lah sbb gunung berapi ni sering meletus. tapi nama je duduk kat gunung berapi tapi sejuk noks. serius sejuk gila. tapi takde la sampai keluar salji. jgn berangan sangat. hahahaha. 







lepas dah penat semua boleh la mandi kat kaki gunung sibayak ni. air panas semulajadi. selalu aku mandi air panas waktu tengah malam 2-3 pagi tapi kali ni aku mandi tengah hari derrrr. gila kau. seronok dia lain macam. ni paling best la aku rasa. macam mandi kat private pool. bila korang datang medan ni tempat paling wajib korang kena datang selain danau toba.








view sini memang superb.!




kat medan ni korang boleh nampak yang kaya, kaya gila dan yang susah, ya rabbi susah gila. kesian aku tengok. ok pas habis activiti haruslah santap. kebulur doe. macam biasa aku ayam penyet dan member aku bakso. katanya bakso malaysia takleh lawan aa. sini mmg the best. tapi nasib baik aku bukan penggemar bakso. so setakat rasa tu boleh laa.. hahaha. anddd yang paling penting korang kena minum teh botol sosro. memang wangi dan sedap. ni kira minuman yang aku tak miss sepangjang aku ke indonesia.




last day kteorg ke bandar medan shopping cenderahati sikit dan terus ke pantai cermin. kalau tanya aku perlu ke pergi? aku akan jawab tak perlu sbb pantai dia tak cantik. hahahaahahah. kteorg ni bajet pantai macam kat bali ghupenyeeeeee.....kah3. PD lawa lagi kot. 







so sayonara kualanamu. kalau ada duit lebih aku datang lagi makan ayam penyet. kah kah kah.



ohh sebelum balik haruslah melantak ayam penyet buat kali terakhir. hahahaha. tapi ayam penyet kat airport tak sedap aa. kena kedai-kedai biasa jugak yang urmppp. hahahah




flight dia sampai 30 minit lebih awal dari waktu. gila bapak pilot tu bawa, speed lebih kot. hahah. pusing-pusing banyak kali untuk kurangkan minyak sebelum landing. 

ok dah siap entry berzaman aku nak update ni.

bye. :)

No comments: