mr nuff

Saturday, 7 October 2017

Skincare Routine

Assalamualaikum...


Lamanya tak update blog. berhabuk habis! nasib baik password autosave dalam laptop kalau tak dah takleh buka dah ni. hahaha. Ok lah since ramai jugak la email aku pasal entry kat SINI, dan cara aku atasi jerawat teruk tu.

Untuk pengetahuan korang, aku takde la peloles mana. semua benda try and error. kalau error nasib la labu. terpaksa redhooo pergi klinik kulit labur duit. By the way, ada la dalam 3 ke 4 bulan lepas jewarat aku mcm dah kebal dengan supplement dan skin care yg aku pakai selama ni.

Bila pergi klinik kulit cek condition kulit, Doctor hanya bagi aku benzoly peroxide, cetrimate lotion dan doxycyline. Cukup sebulan recover balik kulit then katanya dah tak boleh makan doxycyline dah sebab selama ni aku selalu consume ubat antibiotik which is tak bagus guna untuk jangka masa yang lama. Dan doctor pun ada pesan jgn ambik supplement sebarangan takut rosak buah pinggan dan hati. Ciss aku pantang kena tegur camtu, terus takut nak ambik supplement. hahaha. So solution yang aku ambik is stop semua supplement dan ambik je vitamin dari buah-buahan dan sayuran. lebih selamat dan menjimatkan duit dan kenyang. hahahah

Sebenarnya bukan tu yg aku nk cerita, tp entah la sebab dah lama tak menulis kot otak mcm takleh nak karang ayat. kikiki. Ok back to the topic, before keluar dari klinik kulit tu, doctor ada ajar aku cara nak jaga kulit muka dengan betul. meh aku share dengan korang. tapi ni berdasarkan produk aku guna jela ye. kalau produk yg korang pakai tu dah sesuai takyah tukar just follow step skincare ni je.

Pagi

1) Water based cleanser ( Himalaya neem foam cleanser)
2) Toner alcohol free (Himalaya toner)
3) serum (Garden of Eden/ Bio essence snail serum)
4) Moisturizer (Himalaya Nourish skin)
5) Eyes cream (Himalaya under eyes cream)
6) Sunblock ( Light weight minimum spf 30+ )
7) Foundation/ CC cream water based (Eliantion DD cream)
8) Make up like usual


Malam
1) Micellar Water (Garnier micellar water)
2) Oil Based Cleanser (Simple oil base cleanser)
3) Water Based Cleanser ( Himalaya neem foam cleanser)
4) serum (Garden of Eden/ Bio essence snail serum)
5) Moisturizer (Himalaya Nourish skin)
6) Eyes cream (Himalaya under eyes cream)
7) Acne cream ( benzoyl peroxide / Himalaya acne cream)
8) Lip balm ( Himalaya lip balm )


Sampingan
-Aloe Vera ( Waktu selingan bila free)
-Exfoliate 3 kali seminggu ( tea tree/ AHA+BHA )
( elakkan exfoliate sewaktu acne membiak)

ok atas tu aku dah share step-step dia. korang try buat dan dalam masa seminggu dah boleh nampak perbezaan dia. Paling aku recommended korang cuci double cleanser. memang terbaik. lepas je korang clearkan muka guna micellar water, terus cuci guna double cleanser. dari situ korang dah boleh rasa perbezaan kulit rasa bersih sangat.

Double cleanser ni bagus tau untuk korang cuci minyak di muka dan kotoran. sebab selalunya kita guna water based cleanser je which is cuci kotoran kt muka tp minyak kat muka tu still ada sebab water based cleanser takkan cuci minyak tu. haaa lagi satu, walaupun korang tak pakai make up, make sure lepas segala hal tetap jugak korang kena cuci dengan micellar water. tu kira untuk pastikan kulit korang betul-betul bersih tau.

ok lagi satu paling penting, Make sure sebelum korang keluar rumah tak kira sekejab or lama mesti pakai sunscreen/sunblock. pentinggg!!! aku dah praktikkan pakai sunscreen ni dlm 3-4 bulan. perbezaan sangat ketara kat wajah. dan perlu topup 3-4 jam lepas korang main panas tu. btw aku kalau dah satu hari suntuk main panas gila-gila, aku balik tu cepat2 cuci guna micellar water, double cleanser then aku pakai aloe vera. alah beli kat guardian rm6 sebotol tu je. tapi kalau korang ada pokok yg ori lagi baik. basuh betul-betul before pakai ok.


Rasanya tu je kot aku nak share. ape-ape hal korang boleh email aku klau nk info lanjut. tak pun korang boleh follow Dr Aris Fadzillah di twitter or #MTMTipsChantique . Memang banyak tips dr doctor-doctor kt situ.

ok lah bye. xoxo

No comments: